Activity : 1-on- Breakdancing Competition
Date : 3 February 2008(Sunday)
Time : 2.30 - 5.30pm
Venue : Dataran Pustaka, Pustaka Negeri Sarawak.
Reverse side of the medal
BERJAYA...Temasya Sukan Para Asean di Korat, Thailand sudah pun melabuhkan tirainya secara rasmi semalam dengan menyaksikan kontinjen negara mencapai kejayaan cemerlang dengan memperbaiki kedudukan keseluruhan untuk berada di tempat kedua. Malah, pada edisi ke-4 sukan itu juga menyaksikan Malaysia melebihi sasaran dengan mengutip 81 pingat emas, 74 perak dan 46 gangsa berbanding pencapaian pada temasya 2005 di Manila dengan 78 emas, 41 perak dan 30 gangsa. Pingat emas terakhir negara berjaya diraih di Pusat Akuatik Kompleks Stadium Ulang Tahun Diraja ke-80 melalui Mohd. Nadhir Mazlan dalam acara renang 50 meter gaya bebas untuk kategori cacat penglihatan.Kontinjen negara yang terdiri daripada 180 atlet dan 101 pegawai dan anggota sokongan telah menyertai sebanyak 222 daripada 686 acara yang dipertandingkan selama lima hari bermula 21 Januari lepas. Gambar Bernama.
Suspek....sedang dicari.KES kehilangan kanak-kanak yang hangat diperkatakan sekarang mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak dulu.
Menurut "dongengan" orang-orang tua, apabila ada projek pembinaan mega (jambatan dan bangunan) maka, tuan punya projek tersebut akan mengupah seseorang untuk mencari kepala manusia (kanak-kanak) untuk dijadikan “semahan” di tapak pembinaan tersebut sebelum sebarang kerja-kerja pembinaan dilakukan.
Kononnya, dengan berbuat demikian, projek tersebut tidak akan mengalami sebarang malapetaka, umpamanya jambatan ataupun bangunan itu runtuh. Dengan adanya korban kepala manusia, dipercayai boleh mengukuhkan lagi struktur sesebuah bangunan ataupun jambatan itu.
Sejauh manakah kebenaran ini, entah sayapun tidak tahu dan terus terang saya katakan yang saya sendiri tidak berani hendak mengiya sekalipun menidakkannya. Mungkin, cerita-cerita begini sengaja diadakan oleh orang tua, semata-mata untuk menakutkan kanak-kanak agar mereka tidak bermain terlalu jauh dari kawasan yang sepatutnya.
Berdasarkan cerita orang tua itu, terdetik dihati saya persoalan, adakah kes kehilangan kanak-kanak ada kaitan dengan “dongengan” orang tua itu? Entahlah, saya sendiri pun tiada jawapannya. Sejauh manakah kebenaran cerita tentang “penyamun” yang mencari kepala manusia itu, tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Akupun bimbang serta ngeri juga seandainya cerita mengenai “penyamun” itu benar.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kes kehilangan kanak-kanak ini dikaitkan dengan pengamal ilmu hitam. Kononnya kanak-kanak perempuan sering menjadi mangsa kerana mereka masih lagi “suci” dan belum “tercemar” serta sangan sesuai untuk dijadikan “korban”. Memang sungguh menakutkan cerita-cerita sebegini. Memang banyak kes-kes yang melibatkan "penculikan" kanak-kanak yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Semakin moden serta semakin canggih kehidupan, semakin menebal ketakutan yang menyelubungi manusia kini. Tidak keterlaluan jika dikatakan, manusia lebih mementingkan kehidupan materialistik dan kurang ambil peduli tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Apakah benar sifat perikemanusian serta ciri-ciri murni dalam diri manusia semakin terhakis disebabkan perlumbaan mengejar kepuasan duniawi?. Semoga kes-kes seperti diatas tidak terjadi kepada orang-orang yang kita sayang.
Renung-renungkanlah.……

