Satu pengalaman yang sangat mengecewakan semalam,(7 Disember 2009) apabila saya berkujung ke Poliklinik Kominiti, Jalan Masjid, Kuching. Sementara menunggu nombor giliran saya dipanggil, tiba-tiba terasa hendak buang air dan apa yang mengejutkan saya adalah keadaan tandas yang dipenuhi dan dihalang oleh tong-tong sampah. Tandas sudah jadi bilik stor!!!
Bagi pesakit biasa keadaan ini mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi saya pengguna Kerusi Roda(Wheelchair) ini adalah satu halangan yang cukup besar. Selepas selesai membuang air, saya pun membuat aduan kepada pihak Poliklinik, namun saya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai tersebut dengan angkuhnya menyuruh saya membuat aduan kepada Menteri!.
Saya tak (malahan semua pesakit) kisah untuk menunggu lama untuk mendapatkan rawatan, tapi dengan keadaan tandas yang begini, saya boleh hilang kesabaran.

No comments:
Post a Comment