Sunday, March 28, 2010

Program Bacalah Manjaku 1Malaysia!

Satu program kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Pustaka Negeri Sarawak dalam menerapkan budaya membaca dikalangan kanak-kanak tanpa mengira di mana jua mereka berada. Program ini telah diadakan di Wad Kanak-Kanak Hospital Umum Sarawak dan telah dilancarkan oleh Ybhg. Toh Puan Hjh. Nokiah isteri TYT Negeri Sarawak pada Sabtu, 27 Mac 2010.


















Monday, March 1, 2010

Kejohanan Boling Tenpin Amal KUSIA 2010

Kejohanan Boling Tenpin Amal Kuching Spinal Injuries Association [KUSIA] telah diadakan pada 28 Februari 2010 di Crystal Bowl, Kuching telah disertai oleh lebih dari 20 pasukan. Pihak KUSIA mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda semua. Semoga sokongan dan kerjasama begini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua yang telah melibatkan diri dalam menjayakan acara tersebut.


Ikhlas daripada,

Kian Tungku
Setiausaha
Kuching Spinal Injuries Association [KUSIA]









Tuesday, December 8, 2009

Tandas atau bilik stor?

Satu pengalaman yang sangat mengecewakan semalam,(7 Disember 2009) apabila saya berkujung ke Poliklinik Kominiti, Jalan Masjid, Kuching. Sementara menunggu nombor giliran saya dipanggil, tiba-tiba terasa hendak buang air dan apa yang mengejutkan saya adalah keadaan tandas yang dipenuhi dan dihalang oleh tong-tong sampah. Tandas sudah jadi bilik stor!!!

Bagi pesakit biasa keadaan ini mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi saya pengguna Kerusi Roda(Wheelchair) ini adalah satu halangan yang cukup besar. Selepas selesai membuang air, saya pun membuat aduan kepada pihak Poliklinik, namun saya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai tersebut dengan angkuhnya menyuruh saya membuat aduan kepada Menteri!.

Saya tak (malahan semua pesakit) kisah untuk menunggu lama untuk mendapatkan rawatan, tapi dengan keadaan tandas yang begini, saya boleh hilang kesabaran.


Malah pesakit yang boleh berjalan pun terpaksa melalui laluan yang sempit untuk menggunakan tandas.


Laluan yang sempit!


Beginilah keadaan tandas di Poliklinik Komuniti Jalan Masjid, Kuching. Sungguh memalukan!