Wednesday, March 19, 2008

BARISAN KABINET MALAYSIA


PUTRAJAYA 18 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membentuk Kabinet dinamik selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan melantik 16 menteri baru dan menggugurkan lapan menteri penggal lalu.


Dalam pengumuman yang menyaksikan jumlah anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan timbalan menteri dikurangkan kepada 68 berbanding 90 orang sebelum ini berikutan pemansuhan jawatan setiausaha Parlimen, Perdana Menteri berkata, Kabinet baru itu mampu mewakili rakyat dengan efektif serta membawa pembaharuan kepada pentadbiran negara.


Beliau menegaskan, barisan Kabinet baru itu mencerminkan semangat perkongsian kuasa dan muafakat Barisan Nasional (BN).


“Saya telah mengambil keputusan untuk tidak melantik setiausaha Parlimen dan ini bermakna para menteri dan timbalan menteri perlu lebih aktif dalam Parlimen.
“Senarai Kabinet baru ini telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini dan Seri Paduka telah berkenan dan merestui nama-nama yang dikemukakan itu.


“Senarai ini juga telah mendapat pelepasan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan barisan Kabinet baru di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Dalam pengumuman barisan Kabinet itu, Abdullah mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan manakala timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Menteri Pertahanan.


Enam menteri yang digugurkan ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Hal Ehwal Dalam Negeri).


Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak disenaraikan setelah beliau meminta supaya tidak dipilih semula sebagai menteri bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan kembali MCA yang kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn juga tidak dilantik semula kerana perlembagaan MCA menetapkan wakil MCA hanya boleh berkhidmat dalam Kabinet selama dua penggal.


Abdullah mengumumkan 16 menteri baru yang dilantik iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan), Datuk Dr. S. Subramaniam (Sumber Manusia), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan).
Turut dilantik ialah Datuk Dr. Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Ir. Mohamad Zin Mohamed (Kerja Raya) dan Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
Buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, menteri UMNO mengetuai Kementerian Kerja Raya. Kali terakhir wakil rakyat UMNO mengetuai kementerian itu ialah melalui Allahyarham Datuk Abdul Ghani Gilong pada tahun 1978.


Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob, 48, pula merupakan muka baru yang dilantik terus sebagai menteri penuh iaitu memegang portfolio Belia dan Sukan. Selain beliau, menteri lain yang dilantik terus sebagai menteri penuh ialah Ka Chuan.
Menurut Abdullah, beliau turut melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Amirsham A. Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Unit Perancang Ekonomi (EPU).


Kata beliau, seorang lagi Senator yang dilantik sebagai Menteri di JPM ialah peguam terkemuka dan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan perundangan.


‘‘Beliau akan diberi peranan membantu membuat cadangan bagi perubahan dan reformasi sistem kehakiman negara,” katanya.


Kabinet baru itu juga menyaksikan Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilantik menjadi menteri selepas 11 tahun meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau memegang portfolio Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan pada 1987, Datuk Shahrir Samad juga kembali menganggotai Jemaah Menteri sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menang kerusi Parlimen Tasek Gelugor kekal sebagai Menteri Kewangan Kedua.


Turut mengekalkan jawatan ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pelajaran.


Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dahulunya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertukar portfolio dengan menerajui MITI menggantikan Rafidah.
Tiga lagi menteri di JPM ialah Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Pada sidang akhbar itu, Abdullah turut mengumumkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri digabungkan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjadi Kementerian Dalam Negeri diketuai bekas Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.


Selain itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di JPM diserapkan ke dalam Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang diketuai Datuk Mohd. Shafie Apdal, dulunya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


Seperti diuar-uarkan sebelum ini, Kabinet kali ini turut menampilkan lebih ramai wakil dari Sabah dan Sarawak berikutan pencapaian cemerlang calon BN dari kedua-dua negeri itu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Sebanyak 11 wakil rakyat Sarawak masing-masing dua sebagai menteri dan sembilan timbalan menteri dilantik menganggotai pentadbiran kerajaan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Antara yang tersenarai ialah anak Ketua Menteri Sarawak yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.


Wakil rakyat lain ialah Douglas Uggah sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.


Mereka yang dilantik sebagai timbalan menteri pula ialah Datuk Robert Lau Hoi Chew (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Yong Khoon Seng (Kerja Raya), Jacob Dungau Sagan (MITI), Jelaing anak Mersat (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Joseph Salang Anak Gandum (Tenaga, Air dan Komunikasi), Datuk Rohani Abdul Karim (Pertanian dan Industri Asas Tani), Fadilah Yusof (Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Joseph Entulu Belaun (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).


Sementara itu, Sabah diwakili tujuh wakil rakyat masing-masing tiga sebagai menteri dan empat sebagai timbalan menteri.


Mereka ialah Bernard sebagai Menteri di JPM, Shafie (Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) dan Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.


Turut dilantik sebagai timbalan menteri ialah Datuk Liew Vui Keong (MITI), Datuk Abdul Ghapur Salleh (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Anifah Aman (Pengangkutan) dan Tan Sri Joseph Kurup (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).

Saturday, March 8, 2008

Jom Ngundi...

Akhirnya tanggal 8 Mac 2008 pun tiba dan saya serta rakan-rakan bersama-sama turun mengundi. Ini merupakan kali yang ke 3 saya turut serta mengundi dalam pilihan raya umum Malaysia.
Walaupun bandaraya Kuching disirami hujan lebat, namun ia tidak sedikitpun menghalang saya dan rakan-rakan menjalankan kewajipan kami untuk pergi mengundi. Semoga keadaan di pusat-pusat mengundi lain juga aman dan tenteram agar mudah bagi para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Pusat mengundi saya ialah di St John Ambulance HQ, Lorong Laksamana Cheng Ho. Lega rasanya setelah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia serta dapat mengamalkan hak mengundi dalam keadaan yang aman dan selamat.....
Kaunter semak daftar

No saluran saya
Ambil kertas undi

Hmmm.....fikir betul-betul sebelum memangkah kertas undi

Kotak undi jenis lutsinar

Saudara Hamzah sedang membuat pilihan beliau

Para petugas SPR yang sentiasa bersedia memberi bantuan

Wajah-wajah lega setelah selesai membuang undi

Friday, March 7, 2008

Torres backs underfire Rafa

FERNANDO TORRES has hit out at Rafa Benitez's critics.
Liverpool's top scorer insists the Kop boss should be respected for his achivements at Anfield.

Benitez came under fire this season after the Reds slipped off the pace in the title race and lost to Championship side Barnsley in the FA Cup.

But Torres, 23, said: "Benitez has earned respect and credibility throughout the Premier League.
"Since he came here, he has won the Champions League in 2005.

"The results haven't gone his way lately and some people have started criticising him. "But he's one of the most respected coaches in England.

"We can easily turn things around with a few good results. "The spirit in the team is good — all we need now is to find some stability and put some better results together."

Tuesday, March 4, 2008

Derma Darah @ Pustaka

Aktiviti menderma darah di Pustaka Negeri Sarawak telah berlangsung pada 3 Mac 2008. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penderma, kerana niat murni anda telah menyelamatkan nyawa orang memerlukan darah!.
Menjalani pemeriksaan sebelum menderma

"Rilek Bang, jangan takut...sakit sikit jak"...


Ala bisa tegal biasa


Peace!....


Setiap titisan darah anda amat beharga....

Monday, March 3, 2008

Liverpool Menang

STEVIE GLEE ... Gerrard celebrates


RAFA BENITEZ thanked Jussi Jaaskelainen after the keeper’s cock-up lifted Liverpool’s top-four hopes.

The Reds will leapfrog Everton — who defeated Portsmouth yesterday — into fourth spot if they can beat West Ham on Wednesday.

Benitez said: “The first goal was disappointing for the Bolton goalkeeper but good for us.”

Jaaskelainen’s amazing howler saw him divert Steven Gerrard’s soft 11th-minute shot into the net of his face — even though the ball was drifting wide.

Benitez said: “Sometimes these things happen and we went on to play well after a difficult opening few minutes.

“We knew if we did not pass the ball then we could get drawn into a physical game.
“It’s important to put the teams around you under pressure when you are fighting for fourth.
“We still have a game in hand and we can do it.”

Benitez refused to be drawn about the possibility of gaining a new contract, even though his current agreement has 2½ years to run.

The Spaniard said: “I am happy here and I would be really pleased if that happened. But I’m just thinking about the games coming up.”

Kop skipper Gerrard said: “This was a massive result for us with the teams around us winning.”