Tuesday, December 8, 2009

Tandas atau bilik stor?

Satu pengalaman yang sangat mengecewakan semalam,(7 Disember 2009) apabila saya berkujung ke Poliklinik Kominiti, Jalan Masjid, Kuching. Sementara menunggu nombor giliran saya dipanggil, tiba-tiba terasa hendak buang air dan apa yang mengejutkan saya adalah keadaan tandas yang dipenuhi dan dihalang oleh tong-tong sampah. Tandas sudah jadi bilik stor!!!

Bagi pesakit biasa keadaan ini mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi saya pengguna Kerusi Roda(Wheelchair) ini adalah satu halangan yang cukup besar. Selepas selesai membuang air, saya pun membuat aduan kepada pihak Poliklinik, namun saya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai tersebut dengan angkuhnya menyuruh saya membuat aduan kepada Menteri!.

Saya tak (malahan semua pesakit) kisah untuk menunggu lama untuk mendapatkan rawatan, tapi dengan keadaan tandas yang begini, saya boleh hilang kesabaran.


Malah pesakit yang boleh berjalan pun terpaksa melalui laluan yang sempit untuk menggunakan tandas.


Laluan yang sempit!


Beginilah keadaan tandas di Poliklinik Komuniti Jalan Masjid, Kuching. Sungguh memalukan!

Sunday, December 6, 2009

KUSIA Wheelchair Camp 2009

Kem Kerusi Roda Kuching Spinal Injuries Association(KUSIA) 2009
2-4 Disember 2009
Pusat Pemulihan Samarahan [PPS]


Ucapan Perasmian oleh Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Sarawak(Perancangan Ekonomi) dan Menteri Muda Pembangunan Industri Sarawak(Perancangan),
YB Larry Sng Wei Shien


Ucapan Oleh Dr Wong Chung Chek, Penasihat KUSIA


Ucapan alu-aluan oleh Encik Jimmy Siang, Pengerusi KUSIA


VIP


Penyerahan Cendermata kepada Encik Wencelas Tan,
Sukarelawan KUSIA


Para peserta pertandingan Karaoke KUSIA



Lerry dengan Kamera barunya...


Sedang menikmati Big Apple Donuts




Dr Chuah sedang menerangkan tentang kecederaan spinal...


Sharing session...


Floor and mat exercise...


Wajah ceria salah seorang peserta





Wheelchair maintenance skill


Ohhh....ohhhh....ada yang tak kena dah!




Kemahiran Wheelie...awas jangan sampai terjatuh!





Senaman Pagi...




Naik turun ram...





Dinner @ Heritage Garden

Thursday, October 22, 2009