Tuesday, June 30, 2009

MESRA OKU

Kemudahan yang disediakan untuk orang kurang upaya (OKU) di Universiti Sains Malaysia (USM), membuatkan golongan itu memilih meneruskan pengajian di universiti berkenaan.

Ia tidak terkecuali bagi Khu Li Huang, 26, yang memilih jurusan Sains Kemasyarakatan, walaupun keadaan dirinya yang lumpuh seluruh anggota badan.

Selainnya, dua lagi pelajar OKU iaitu Badrul Hisyam Mokhtar, 22, dan Chang Fah Lee, 20 dan enam lagi warga emas iaitu Maimunah Ibrahim, 61, Tan Chin Huat, 55, Au Yong Mee Yan, 54, Lim Ai Choo, 56, Ismail Omar, 53, dan Abdul Hadi Baba, 51, turut mendaftar di universiti berkenaan, semalam.


Maimunah Ibrahim (kiri) bersalaman dengan Khu Li Huang (berkerusi roda),
sambil diperhatikan oleh ibunya, Ewe See Moi dan pelajar warga emas danPengerusi Lembaga Pengarah usm, Tan Sri Dr. Ani Arope (tengah) selepas sambutan Siswa Lestari Kemasukan Sesi 2009-2010 di USM, semalam.