Kuching Spinal Injuries Association (KUSIA) telah didaftarkan secara rasminya pada 18 Ogos 2006, manakala upacara pelancarannya telah diadakan pada 8 Disember 2006 oleh Ybhg. Encik Sim Han Seng yang mewakili YB Dato Seri William Mawan Ikom.
Sehingga kini KUSIA telah mempunyai seramai 50 orang ahli berdaftar. Ahli-ahli KUSIA terdiri daripada mereka yang mengalami kecederaan pada Saraf Tunjang (Spinal Cord) yang tinggal di sekitar Bandaraya Kuching. Selain daripada mereka yang mengalami kecederaan Saraf Tunjang, ahli-ahli KUSIA terdiri daripada pelbagai golongan, seperti doktor, jururawat serta sesiapa saja yang berhasrat untuk membantu pertubuhan ini.
Sepanjang penubuhan KUSIA, pelbagai aktiviti telah diadakan. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah berjaya didakan adalah seperti berikut:-
a) Charity Dive 2007-dengan kerjasama Borneo Scuba Diving Adventure
b) Annual Wheel Chair Camp-telah diadakan di Pusat Pemulihan Samarahan (PPS)
c) Pertandingan Ten Pin Bowling-diadakan di Crystal Bowl, Stampin

Main "Belon Tampar"

Alat Bantuan Memandu

Wheelchair Maintenance

Cara Naik Turun Kerusi Roda

Para Peserta Wheel Chair Camp 2007

Orang Kuat KUSIA

Demo Penggunaan Kerusi Roda

Perasmian

Penyampaian Cenderahati

Ucapan Oleh Ybg. Encik Sim Han Seng

The Diving Team