Friday, January 25, 2008

Majlis Penghargaan 2008

Majlis Penghargaan Pustaka Negeri Sarawak 2008 telah diadakan pada 25 Januari 2008, Jumaat. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hj Hamid Bugo. Pada sidang media, beliau telah menerang peranan serta hala tuju Pustaka Negeri Sarawak dalam usaha menyediakan maklumat kepada masyarakat negeri Sarawak. Beliau juga menegaskan bahawa peranan perpustakaan bukan saja sekadar memberi maklumat kepada pengguna, tetapi juga berperanan untuk menyimpan rekod dan warisan negeri Sarawak.

Pada majlis yang sama, beliau juga melancarkan perkhidmatan Pustaka On Phone (POP) yang mana pengguna Pustaka Negeri Sarawak akan mendapat malumat menggunakan SMS dari Pustaka. Dengan adanya perkhidmatan ini, akan memudahkan penyebaran iformasi terkini dari Pustaka Negeri Sarawak kepada pengguna-penggunanya. Bagi membolehkan anda menikmati perkhidmatan ini, anda perlulah mengemaskinikan rekod anda.

Upacara penyerahan Bas e-Pustaka kepada Setiausaha Majlis Daerah Sarikei, Encik Shariman Faizul Abdullah juga berlangsung pada hari yang sama.





Para tetamu jemputan....


YBhg. Hj Mohd. Atei Abang Medaan, Datuk Bandar DBKU, Puan Rashidah Hj Bolhassan, CEO Pustaka, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo dan Encik Shariman Faizul Abdullah, Setiausaha Majlis Daerah Sarikei.

Upacara penyerahan kunci bas e-Pustaka....


Pemandangan di dalam bas....



Upacara melepaskan 8 ekor itik ke tasik Pustaka simbolik Pustaka telah 8 tahun beroperasi...

Perkhidmatan Pustaka On Phone (POP)