Saturday, February 2, 2008

Happy Chinese New Year...

Happy Chinese New Year to all my Chinese friends and readers out there.......
GONG XI FA CAI.....
The Year of the Rat2008 Feb. 7

The Year Of The Rat
1912, 1924, 1936, 1948, 1960,
1972, 1984, 1996, 2008, 2030

People born in the Year of the Rat are noted for their charm and attraction for the opposite sex. They work hard to achieve their goals, acquire possessions, and are likely to be perfectionists. They are basically thrifty with money.

Rat people are easily angered and love to gossip. Their ambitions are big, and they are usually very successful. They are most compatible with people born in the years of the Dragon, Monkey, and Ox.

Chinese New Year is the longest and most important celebration in the Chinese calendar. The Chinese year 4705 begins on Feb. 18, 2007.

Chinese months are reckoned by the lunar calendar, with each month beginning on the darkest day. New Year festivities traditionally start on the first day of the month and continue until the fifteenth, when the moon is brightest.

Beri Peluang Pekerjaan Pada OKU

Beri peluang pekerjaan pada OKU - Jeanne

NIBONG TEBAL 1 Feb. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mahu sektor awam dan swasta memberi peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kelulusan yang dimiliki oleh orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Beliau, yang juga Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), berkata, sebagai masyarakat prihatin adalah menjadi tanggungjawab swasta untuk menerima golongan OKU seadanya serta memberi peluang kepada golongan itu untuk membuktikan kebolehan mereka.

''Golongan OKU juga mampu membuktikan kebolehan dalam apa jua bidang sebagaimana OKU, Dr. Ruziah Ghazali yang dianugerahkan Doktor Falsafah dalam bidang pengurusan latihan dan Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh dilantik sebagai senator pertama dari golongan OKU di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Program Semai Bakti Fasa Kedua Peringkat Kebangsaan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Puteri Gunung Simpang Ampat di sini hari ini.

Pelancaran majlis berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
PDK yang dirancang dalam fasa kedua ini memfokuskan kepada mewujudkan lebih banyak pusat tersebut di setiap Parlimen.

Ia akan membabitkan penyertaan semua isteri ahli Parlimen dan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) secara langsung serta bekerjasama dengan organisasi dan badan kerajaan yang terlibat.

Menurut Jeanne, pelaksanaan program Semai Bakti fasa kedua menunjukkan kesungguhan kerajaan membantu meningkatkan taraf hidup OKU.

Katanya, melalui program itu juga beberapa siri kursus akan dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kemahiran guru-guru PDK.

Selain bantuan dan peruntukan khas yang diumumkan oleh kerajaan, beberapa program khidmat masyarakat akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan sesebuah PDK.

"Saya berharap program ini akan berjaya mencapai matlamat untuk membantu golongan kurang upaya dengan meningkatkan taraf infrastruktur PDK dan kehidupan OKU ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

RM80 juta untuk OKU

Oleh: HABIBAH OMAR dan WAN NAJIB WAN DAUD

NIBONG TEBAL 1 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk aktiviti pengurusan dan pemulihan orang kurang upaya (OKU).

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah berkenaan, RM20.9 juta merupakan peruntukan khas yang disalurkan kepada kementerian berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja amal membantu OKU bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara RM60.15 juta pula katanya, diperuntukkan untuk program pengurusan membantu OKU seluruh negara.

"Dasar kerajaan ialah mengamalkan dasar penyayang dengan mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin serta saling bantu-membantu.

''Sebab itu perbelanjaan dikeluarkan dan setelah dibincangkan oleh Kabinet semalam, maka kita keluarkan peruntukan untuk membantu OKU selain membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Semai Bakti Fasa Kedua Peringkat Nasional bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Hadir sama ialah isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah yang juga Yang Dipertua Bakti; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Program Semai Bakti diwujudkan sebagai strategi untuk membantu negara dalam membangunkan masyarakat dan manifestasi rasa prihatin serta penyayang kepada seluruh masyarakat termasuk golongan OKU.

Program pertama Semai Bakti itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri di Felda Jerangau Barat, Terengganu pada 18 April 2005.

Dalam ucapannya itu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan yang diberikan untuk aktiviti dan pengurusan program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berkuat kuasa serta-merta.

Peruntukan itu katanya, meliputi sewa premis PDK yang diperuntukkan sebanyak RM500 sebulan kini dinaikkan sebanyak RM3,000, manakala untuk utiliti meliputi bayaran air dan elektrik pula diberikan sebanyak RM1,000.

"Untuk melaksanakan aktiviti dalam PDK, kita telah menaikkan peruntukan dari RM5,000 kepada RM30,000, elaun khas OKU dari RM50 dinaikkan kepada RM150, sementara untuk pekerja di PDK pula, mereka akan menerima bayaran RM800 sebulan dari RM500 ketika ini.

''Kerajaan juga mewujudkan jawatan penyelia PDK dengan memberi mereka gaji sebanyak RM1,200 sebulan, peruntukan membina bangunan PDK sebanyak RM2 juta sementara peruntukan pembelian peralatan PDK dinaikkan dari RM3,600 kepada RM50,000 untuk keseluruhannya,'' katanya.

Beliau berkata, dengan adanya peruntukan tersebut, kerajaan berharap ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka yang mempunyai ahli keluarga dalam kategori golongan OKU.

Ini kerana katanya, kerajaan memahami beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan terutama ketika OKU tersebut menghadapi masalah kesihatan.

''Ada golongan OKU yang menjadi profesor, ahli muzik serta guru dan mereka ini kalau berusaha akan menjadi orang yang pandai, jadi kita sentiasa berusaha dengan melaksanakan kaedah tertentu untuk membantu mereka," katanya.