Friday, February 1, 2008

Tiada Perjanjian

Tiada perjanjian jadi PM satu penggal – Pak Lah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nampak relaks tetapi tegas ketika para wartawan petang Khamis bertanya mengenainya. "Tiada gentlemen's agreement ” ,”katanya tentang dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu bahawa ada perjanjian lisan antara mereka berdua yang menetapkan beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ia merupakan soalan panas dalam sidang akhbar selepas beliau merasmikan pusat beli belah terbaru di ibukota, Pavilion, di Kuala Lumpur.

Beberapa orang wartawan kemudiannya cuba lagi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang itu.Namun beliau mengulangi jawapannya: " No gentlemen's agreement ”.

Semasa menjawab soalan wartawan selepas majlis pelancaran buku koleksi surat-suratnya di Yayasan Perdana di Putrajaya,Dr Mahathir mendakwa perjanjian lisan itu ada tetapi beliau tidak dapat membuktikannya.

“Sekalipun saya kata ada perjanjian itu saya tidak dapat membuktikannya tetapi itulah dalam pemikiran saya memandangkan beliau (Abdullah) lebih tua dari Najib,beliau patut jadi PM untuk satu penggal dan kemudiannya Najib ambilalih,”katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir supaya rakyat memilih calon Barisan Nasional daripada kalangan mereka yang "bersih" pada pilihan raya umum akan datang, Abdullah berkata: "Kita nak letakkan calon-calon yang bersih juga".

Sementara itu Najib yang ditemui para wartawan selepas merasmikan seminar pegawai-pegawai masjid Felda di Putrajaya pada sebelah pagi berkata beliau tidak tahu mengenai adanya sebarang perjanjian seumpama itu antara Dr Mahathir dan Abdullah.

"Saya tak tahu pasal itu. Saya komited dalam sokongan saya kepada Perdana Menteri dan taat kepada beliau," katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya berkata "Saya tidak tahu. Awak kena tanya pihak-pihak yang berkenaan."



Well, tuan punya badan saja yang tahu, apa sebenarya yang telah "dijanjikan".
Tunggu dan lihat sajalah apa yang akan terjadi selepas pilihanraya nanti.

Hadiah

Pada tahun ini, kami telah mendapat "Wheel Photo Frame" dari pihak majikan (Pustaka Negeri Sarawak) sebagai hadiah harijadi tahun 2008.