Thursday, January 24, 2008

Benarkah?

Suspek....sedang dicari.

Kejam....Nurin, dibunuh dan diperkosa.

Sharlinie...masih belum ditemui.



KES kehilangan kanak-kanak yang hangat diperkatakan sekarang mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak dulu.

Menurut "dongengan" orang-orang tua, apabila ada projek pembinaan mega (jambatan dan bangunan) maka, tuan punya projek tersebut akan mengupah seseorang untuk mencari kepala manusia (kanak-kanak) untuk dijadikan “semahan” di tapak pembinaan tersebut sebelum sebarang kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Kononnya, dengan berbuat demikian, projek tersebut tidak akan mengalami sebarang malapetaka, umpamanya jambatan ataupun bangunan itu runtuh. Dengan adanya korban kepala manusia, dipercayai boleh mengukuhkan lagi struktur sesebuah bangunan ataupun jambatan itu.

Sejauh manakah kebenaran ini, entah sayapun tidak tahu dan terus terang saya katakan yang saya sendiri tidak berani hendak mengiya sekalipun menidakkannya. Mungkin, cerita-cerita begini sengaja diadakan oleh orang tua, semata-mata untuk menakutkan kanak-kanak agar mereka tidak bermain terlalu jauh dari kawasan yang sepatutnya.

Berdasarkan cerita orang tua itu, terdetik dihati saya persoalan, adakah kes kehilangan kanak-kanak ada kaitan dengan “dongengan” orang tua itu? Entahlah, saya sendiri pun tiada jawapannya. Sejauh manakah kebenaran cerita tentang “penyamun” yang mencari kepala manusia itu, tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Akupun bimbang serta ngeri juga seandainya cerita mengenai “penyamun” itu benar.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kes kehilangan kanak-kanak ini dikaitkan dengan pengamal ilmu hitam. Kononnya kanak-kanak perempuan sering menjadi mangsa kerana mereka masih lagi “suci” dan belum “tercemar” serta sangan sesuai untuk dijadikan “korban”. Memang sungguh menakutkan cerita-cerita sebegini. Memang banyak kes-kes yang melibatkan "penculikan" kanak-kanak yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Semakin moden serta semakin canggih kehidupan, semakin menebal ketakutan yang menyelubungi manusia kini. Tidak keterlaluan jika dikatakan, manusia lebih mementingkan kehidupan materialistik dan kurang ambil peduli tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Apakah benar sifat perikemanusian serta ciri-ciri murni dalam diri manusia semakin terhakis disebabkan perlumbaan mengejar kepuasan duniawi?. Semoga kes-kes seperti diatas tidak terjadi kepada orang-orang yang kita sayang.
Renung-renungkanlah.……

2 comments:

MaziDah said...

aku rasa sikla..kes nurin dolok xda pun nya ambik palak nya..palaknya gk ada pun..
hanya tuhan yg tahu...

QeeYaN said...

sik tauklah, byk juak kes cam tuk sik dpt diselesaikan cdak yg bekuasa...yalah kmk dah madah kali cdak org tua sengaja molah citer utk takutkan nembiak bah...