Friday, February 22, 2008

SELAMAT

Selamat tinggal dan terima kasih kepada Encik Asri dan Cik Shirlyn dan semoga berjaya di tempat kerja yang baru. Segala jasa serta budi baik anda berdua tetap dikenang selama-lamanya....

Selamat melangkah ke gerbang berumahtangga buat Puan Sunny dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu.....
Inilah rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan galakan.

Wednesday, February 20, 2008

Monday, February 18, 2008

Our Breakfast

PEACE! and GO....
My Favourite, Kolok Mee Soup
The Special One, Pork Rice
The Result, Licin...

Saturday, February 16, 2008

My Valentine

Beginilah caranya kami sekeluarga meraikan Valentine's Day (hari mengingatkan kekasih).
Happy Valentine
Minuman Kegemaran
Siang Siang
Kerang Kicap
Ikan Stim
Midin Belachan
Sup Sayur

Monday, February 11, 2008

Bila?...

Hari tu masa aku pergi Hospital, aku ternampak signage ini yang menyatakan Tandas Akan Dibuka Esok, tapi yang peliknya, tidak dinyatakan bila tarikhnya....Hai payah betul nak buang air, tandas pun boleh offline jugak...

Belangkas




Saturday, February 9, 2008

Car Wash...

Ini merupakan sebuah pusat mencuci kereta yang dimiliki oleh Persatuan Orang Pekak Sarawak. Para pekerjanya terdiri daripada ahlinya(kawan saya).
Bayarannya memang berpatutan seperti yang tertera dibawah. Dari apa yang dapat saya perhatikan, mereka ini lebih bekerja daripada "bercakap".

Senarai Perkhidmatan
Sedang Mencuci
Menunggu Giliran


Polishing


Kereta saya sedang di Vacum

Merarau...

Kena ari tiga tuk tadi, kami menyanak merarau ba King Centre. Tuk baka utai ke lauk kami menyanak sari nyak.

Lunch Set
Mee Sup
Sayur Campur

Claypot Pork Leg

Saturday, February 2, 2008

Happy Chinese New Year...

Happy Chinese New Year to all my Chinese friends and readers out there.......
GONG XI FA CAI.....
The Year of the Rat2008 Feb. 7

The Year Of The Rat
1912, 1924, 1936, 1948, 1960,
1972, 1984, 1996, 2008, 2030

People born in the Year of the Rat are noted for their charm and attraction for the opposite sex. They work hard to achieve their goals, acquire possessions, and are likely to be perfectionists. They are basically thrifty with money.

Rat people are easily angered and love to gossip. Their ambitions are big, and they are usually very successful. They are most compatible with people born in the years of the Dragon, Monkey, and Ox.

Chinese New Year is the longest and most important celebration in the Chinese calendar. The Chinese year 4705 begins on Feb. 18, 2007.

Chinese months are reckoned by the lunar calendar, with each month beginning on the darkest day. New Year festivities traditionally start on the first day of the month and continue until the fifteenth, when the moon is brightest.

Beri Peluang Pekerjaan Pada OKU

Beri peluang pekerjaan pada OKU - Jeanne

NIBONG TEBAL 1 Feb. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mahu sektor awam dan swasta memberi peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kelulusan yang dimiliki oleh orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Beliau, yang juga Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), berkata, sebagai masyarakat prihatin adalah menjadi tanggungjawab swasta untuk menerima golongan OKU seadanya serta memberi peluang kepada golongan itu untuk membuktikan kebolehan mereka.

''Golongan OKU juga mampu membuktikan kebolehan dalam apa jua bidang sebagaimana OKU, Dr. Ruziah Ghazali yang dianugerahkan Doktor Falsafah dalam bidang pengurusan latihan dan Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh dilantik sebagai senator pertama dari golongan OKU di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Program Semai Bakti Fasa Kedua Peringkat Kebangsaan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Puteri Gunung Simpang Ampat di sini hari ini.

Pelancaran majlis berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
PDK yang dirancang dalam fasa kedua ini memfokuskan kepada mewujudkan lebih banyak pusat tersebut di setiap Parlimen.

Ia akan membabitkan penyertaan semua isteri ahli Parlimen dan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) secara langsung serta bekerjasama dengan organisasi dan badan kerajaan yang terlibat.

Menurut Jeanne, pelaksanaan program Semai Bakti fasa kedua menunjukkan kesungguhan kerajaan membantu meningkatkan taraf hidup OKU.

Katanya, melalui program itu juga beberapa siri kursus akan dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kemahiran guru-guru PDK.

Selain bantuan dan peruntukan khas yang diumumkan oleh kerajaan, beberapa program khidmat masyarakat akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan sesebuah PDK.

"Saya berharap program ini akan berjaya mencapai matlamat untuk membantu golongan kurang upaya dengan meningkatkan taraf infrastruktur PDK dan kehidupan OKU ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.